Inovasi Baru
Telekung Siti Khadijah adalah Telekung Inovasi yang pertama di pasaran hasil daripada reka bentuk yang sangat kreatif. Telekung Siti Khadijah ini diperkenalkan dengan reka bentuk terbaru yang mempunyai lapisan yang sangat lembut pada bahagian dahi dan dagu di bahagian muka. Kedua-dua lapisan ini yang dihasilkan daripada kain jenis memeri iaitu ”stretchable” yang akan memberikan rasa yang sangat selesa pada muka bila mengenakannya. Reka bentuk Telekung Siti Khadijah juga diserikan lagi dengan ”Awning” yang terletak di atas bahagian lapisan dahi dan dalam pada masa yang sama mengekalkan rupa bentuk tudung yang sangat Anggun. Telekung Siti Khadijah ini dicipta bukan sahaja sekadar Inovasi baru tetapi juga meletakkan fokus pada keselesaan pengguna pada setiap posisi dan pergerakan dalam solat terutamanya ketika sujud.
Anggun Luaran dan Dalaman
Rekabentuk Telekung Siti Khadijah ini direka khas supaya kelihatan Anggun secara luaran dan juga dalaman. Pemilihan kain untuk bahagian dalam dan luar, corak, motif dan renda dilakukan secara sangat terperinci untuk menghasilkan sepasang Telekung Siti Khadijah yang memenuhi citarasa pengguna. Hasil potongan yang halus dan tepat serta cara jahit yang kemas juga menyerlahkan lagi keanggunan Telekung Siti Khadijah. Aspek Keanggunan yang diterapkan dalam Telekung Siti Khadijah adalah sangat sempurna tanpa mengabaikan aspek lain yang penting seperti Aspek Keselesaan dan Syariah.
Anak Telekung Dijahit Sekali
Keunikan Telekung Siti Khadijah ini jelas terletak pada bahagian muka dimana ”Anak Telekung” telah dijahit sekali dengan Telekung. Lapisan pada bahagian dahi dan dagu daripada material yang sangat lembut menjadi pengganti kepada Anak Telekung yang Lebih Sempurna. Hasil daripada Reka Bentuk Unik Telekung Siti Khadijah ini juga berjaya memastikan supaya masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna iaitu rambut terkeluar tidak lagi berlaku. Aspek ini sangat penting, dimana pengguna tidak perlu lagi risau tentang rambut terkeluar ketika solat, malah dapat menambahkan keyakinan pada setiap pergerakan dan posisi semasa solat.
Selesa
Idea rekaan Telekung Siti Khadijah semuanya bermula dari keinginan untuk mendapatkan Telekung yang benar-benar memberi keselesaan. Beberapa ciri-ciri pada bahagian asas telekung biasa diperbaik untuk memastikan Telekung Siti Khadijah ini memberi keselesaan yang maksimum. Antaranya ialah reka bentuk pada bahagian muka yang mempunyai pelapik dahi dan dagu yang ”Stretchable” iaitu Memeri. Ini membolehkan pengguna menyesuaikan ”Fleksibiliti” iaitu Kebebasan ini mengikut bentuk muka. Pilihan fabrik untuk lapisan dalam iaitu ”Lining” juga memainkan peranan yang penting untuk memberikan keselesaan pada anggota fizikal. Fabrik yang dipilih adalah daripada jenis yang sangat licin dan lembut membolehkan pengguna dilitupi oleh rasa yang sangat selesa. Tidak ketinggalan juga renda atau ”lace” yang dipilih adalah daripada jenis yang sangat cantik dan pastinya sangat lembut menambahkan lagi rasa nyaman bila mengenakan Telekung Siti Khadijah.
Praktikal
Telekung Siti Khadijah amat sesuai digunakan daripada penggunaan harian ketika solat hinggalah ketika menunaikan ibadah umrah dan haji. Hasil keselesaan yang sangat memuaskan oleh Telekung Siti Khadijah ini membuatkan pengguna boleh memakainya untuk tempoh masa yang lama. Tambahan, Telekung Siti Khadijah adalah satu pakaian solat yang lengkap dimana pengguna tidak perlu lagi memakai anak telekung atau risau jika terlupa membawa anak telekung membuatkan telekung ini sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Berkualiti
Jenis-jenis kain yang dipilih untuk menghasilkan Telekung Siti Khadijah adalah daripada material yang bermutu tinggi. Fabrik-fabrik yang terpilih adalah dari jenis Polyester Cotton, Glazed Spun Polyester, 100% Cotton dan terkini Kasa Rubiah. Renda atau “Lace” juga dipilih daripada kategori yang pastinya disukai dan memuaskan citarasa pengguna. Coraknya yang cantik dan menarik serta fabrik yang lembut pastinya menjadi tarikan pengguna Telekung Siti Khadijah.
Unik (MyIpo)
| Telekung Siti Khadijah adalah Telekung atau Pakaian Solat yang pertama didaftarkan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo) dibawah kategori Reka Bentuk Industri. Team Siti Khadijah mengambil langkah untuk mendaftarkan Telekung Siti Khadijah ini khas untuk menjamin Keunikan Telekung Inovasi yang pertama ini. Disamping itu, Nilai “Ornamental” dan “Aesthetic” pada Telekung Siti Khadijah ini dapat dipelihara untuk kebaikan semua. |
Mudah untuk Dimiliki
Puan akan dibantu untuk memilih Telekung Siti Khadijah yang paling sempurna mengikut citarasa tersendiri serta akan ditunjukkan bagaimana untuk menggunakannya secara maksimum. Puan boleh lawati Showroom Siti Khadijah Apparel atau pun memilikinya dengan secara “online” mengikut keselesaan sendiri. Lawati laman FAQ atau laman lain untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Pembelian secara pos adalah cara paling pantas dan mudah untuk dapatkan Telekung Siti Khadijah. Jika Puan inginkan sebarang pertolongan, hubungi 013-210-2668 atau Email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Boleh ditukar dalam masa 7 hari
Setiap pesanan Telekung Siti Khadijah samada pembelian secara “walk-in” atau pun secara pos boleh ditukar dalam masa tujuh (7) hari jika terdapat ketidakserasian.
- Ikuti perkembangan Terkini Team Siti Khadijah
- Lihat Koleksi Telekung Siti Khadijah
- Cara Memakai Telekung Siti Khadijah
- Soalan Lazim
- Dapatkan Telekung Siti Khadijah

