Telekung Siti Khadijah
Apakah Keistimewaan Telekung Siti Khadijah?
Keistimewaan Telekung Siti Khadijah yang paling utama terletak pada bahagian wajah dimana Anak Telekung dijahit sekali bersama Telekung. Anak Telekung yang Istimewa ini diubahsuai secara Inovatif menjadi pelapik yang lembut pada bahagian dahi dan dagu.
Harga Telekung Siti Khadijah
Berapa Harga Telekung Siti Khadijah?
Kenapa Harga Berbeza Dulu dan Sekarang?
Harga-Harga Telekung Siti Khadijah kadangkala naik dan turun bergantung kepada sebab-sebab seperti berikut:
- Pilihan Fabrik dan Material yang digunakan
- Kos dari pembekal naik turun bergantung pada permintaan semasa.
- Promosi yang sedang dijalankan
- Ciri-Ciri yang diubah pada Telekung Siti Khadijah
Harga barangan di Laman Web Siti Khadijah Apparel akan sentiasa dikemaskini, Team Siti Khadijah minta maaf diatas sebarang kesulitan dan puan hanya perlu membayar harga yang dipaparkan semasa tempahan dilakukan. Tiada permintaan harga tambahan untuk perubahan harga selepas tempahan dilakukan.
Mengapa Perlu Berbelanja Lebih untuk Telekung Siti Khadijah?
Jika harga Telekung Siti Khadijah dibandingkan dengan harga telekung yang sedia ada di pasaran dan ditambah lagi dengan Ciri-Ciri Istimewa pada Telekung Siti Khadijah berbanding telekung lain, perbezaan harga adalah tidak besar. Tambahan, Telekung Siti Khadijah adalah Telekung Inovasi Baru pertama yang mempunyai Reka Bentuk yang paling Inovatif. Reka Bentuk dan Ciri-Ciri Istimewa yang terdapat pada Telekung Siti Khadijah ini juga akan akan dinikmati sepenuhnya oleh pengguna, baik untuk kegunaan harian sehinggalah untuk kegunaan semasa mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah, Telekung Siti Khadijah menawarkan kaedah harga yang sangat bersesuaian. Tambahan lagi, Telekung Siti Khadijah ini adalah hasil daripada sentuhan Pereka Fesyen yang Inovatif untuk menghasilkan Telekung yang menepati citarasa Pengguna.
Penghantaran Telekung Siti Khadijah
Kos Penghantaran?
Kos Penghantaran adalah RM5 ke Semenanjung Malaysia, RM10 ke Sabah & Sarawak dan RM55 ke Brunei & Singapore. Telekung Siti Khadijah juga membuat Penghantaran Ke Luar Negara. Kos Penghantaran adalah untuk satu set telekung. Perkhidmatan Penghantaran Telekung Siti Khadijah oleh PosLaju, POS Malaysia
Tempoh Penghantaran?
Penghantaran dijangka akan mengambil masa selama 1-3* hari bekerja (Semenanjung Malaysia) dan 2-5* hari bekerja (Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore) selepas diposkan. Tempoh penghantaran adalah anggaran sahaja. Jika pesanan masih belum tiba selepas tempoh maksimum, boleh hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668 untuk pengesahan.
Bagaimana Membuat Tempahan?
Jika berminat, boleh membuat pesanan secara Online. Alternatif lain adalah dengan cara Hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668 atau ke Showroom Siti Khadijah Apparel atau Pengedar Telekung Siti Khadijah
Bagaimana Kaedah Pembayaran?
Pembayaran boleh dibuat ke Akaun Maybank, CIMB atau Bank Islam dengan cara Tunai / Cash Deposit, Cheque Deposit atau pun secara Online. Pembayaran Cheque melalui pos juga boleh dilakukan. Terkini! Pembayaran menggunakan Kad Kredit dan Debit melalui Visa atau Mastercard dengan menggunakan perkhidmatan PayPal. Dapatkan Info lengkap tentang Maklumat Akaun dan kaedah pembayaran di sini. Nota: Minta maklumkan kepada Team Siti Khadijah setelah membuat pembayaran untuk memastikan Pesanan diproses
Dapatkan Telekung Siti Khadijah
Dimana Boleh Dapatkan Telekung Siti Khadijah?
Telekung Siti Khadijah boleh didapatkan di Showroom Siti Khadijah Apparel dan melalui Pengedar Eksklusif Siti Khadijah Apparel. Alternatif lain adalah dengan cara Membuat Tempahan secara Online, Phone atau SMS @ 013 210 2668 dan Pesanan akan diposkan
Dimana Showroom?
Suite 1-06, Wisma Zelan,
Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
Terletak 1.0km dari HUKM bersebelahan dengan Bandar Sri Permaisuri.
View Larger Map
Waktu Operasi Showroom?
Showroom Siti Khadijah Apparel dibuka setiap hari dari jam 11:00am hingga 6:00pm
Deskripsi Telekung Siti Khadijah
Saya Saiz S atau M?
Saiz Telekung Siti Khadijah bergantung kepada Bentuk Wajah.
- Bentuk Wajah Bujur Sirih: Dahi yang luas dan raut dagu yang kecil (Saiz S, Ukurlilit Kepala: 58cm)
- Bentuk Wajah Bulat: Garis rambut dan dagu agak bulat (Saiz M, Ukurlilit Kepala: 60cm)
Lakaran Bentuk Wajah Bujur Sirih di sebelah kiri, Bulat di sebelah kanan
Saiz ini adalah anggaran bagi raut wajah bagi kebanyakan pengguna Telekung Siti Khadijah. Keserasian Saiz masih bergantung kepada ukurlilit kepala dan keselesaan masing-masing apabila mengenakan Telekung Siti Khadijah. Nota: Ukurlilit Muka diukur dari atas kepala ke bawah dagu melalui kedua-dua belah telinga.
Boleh Tukar Saiz?
Boleh! Jika pesanan yang diterima dirasakan tidak sesuai, Puan boleh menukar saiz dengan cara menghantar kembali Telekung Siti Khadijah beserta Salinan Resit Asal dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh pembelian. Sekiranya Puan adalah bakal Pengguna Telekung Siti Khadijah, Puan dinasihatkan supaya arif dengan konsep saiz bagi telekung Istimewa ini sebelum membuat pesanan.
Kain Telekung Tebal atau Nipis?
Kebiasaannya soalan ini ditujukan kerana bakal pengguna Telekung Siti Khadijah risau dengan ketebalan kain yang mana jika terlalu tebal akan membuatkan pengguna rasa panas dan tidak selesa dan jika nipis pula akan menampakkan susuk tubuh badan. Bagaimanapun, Telekung Siti Khadijah dihasilkan dengan mengambil kira faktor-faktor ini dimana jenis kain yang digunakan adalah dari kedua-dua jenis iaitu tebal dan nipis dan ditambah dengan lapisan dalam (Lining) dari jenis kain yang bersesuaian dengan ketebalan kain Telekung Siti Khadijah.
Berapa Labuh Telekung?
Berapa Labuh Kain?
Labuh Kain adalah 45 inci atau 114 cm
Kain Jenis Getah atau Tali?
Buat masa ini, Kain adalah daripada Jenis Getah
Apa Paras Lining / Lapisan Dalam?
Telekung Siti Khadijah Plain dan Sulam: Lining hingga paras dada iaitu 22 inci diukur dari kepala.
Telekung Siti Khadijah Kasa Rubiah: Lining penuh sepanjang
41 inci
Boleh Cuci Guna Mesin Basuh?
Telekung Siti Khadijah ini tidak digalakkan untuk dibasuh menggunakan mesin basuh dan lebih digalakkan basuh dengan cucian tangan sahaja untuk mengekalkan ketahanan reka bentuk, ciri-ciri dan fabrik yang digunakan.
MASIH ADA SOALAN?
Jika ada soalan, boleh hubungi Team Siti Khadijah melalui Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau hubungi di Talian 013-210-2668