Rencana Team Siti Khadijah

Naiktaraf Sistem Pembayaran di Showroom Siti Khadijah Apparel

E-mail Print PDF
Assalamualaikum,

Siti Khadijah Apparel telah pun mengambil inisiatif untuk memudahkan lagi sistem pembayaran bagi pelanggan. Kini, pelanggan Siti Khadijah Apparel boleh membuat pembayaran menggunakan Kad Kredit (Visa dan MasterCard), Kad Debit & Kad ATM (MEPS) di Showroom Siti Khadijah Apparel.

Selain itu, Pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara online di Showroom Siti Khadijah Apparel sendiri.Khas bagi pelanggan di Luar Malaysia, Siti Khadijah Apparel juga menerima pembayaran menggunakan perkhidmatan Western Union.
Visa @ Siti Khadijah ApparelMastercard @ Siti Khadijah ApparelMEPS @ Siti Khadijah Apparel Western Union @ Siti Khadijah Apparel

Diharapkan dengan peningkatan mutu perkhidmatan ini dapat memudahkan lagi pembelian di Siti Khadijah Apparel.

Hubungi Team Siti Khadijah di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau HP: 013.210.2668 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih,

Regards,Team Siti Khadijah
Last Updated ( Thursday, 08 April 2010 07:45 )
 

Telekung Siti Khadijah @ iluvislam

E-mail Print PDF

Bukan Sekadar Telekung "Kosmetik"

 

Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari Siti Khadijah Apparel dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara

 

Telekung Siti Khadijah @ iluvislam

Selain pakaian, kasut, beg mahupun tudung, telekung juga sama pentingnya bagi keperluan Muslimah. Bersolat tanpa memakai telekung ibarat minum teh tidak cukup gula. Fikirkan sejenak, bagaimana agaknya rupa atau keadaan telekung kita ketika ini? Apakah sekadar 'asal boleh' atau memang sesuai dianggap pakaian suci ketika menghadap Ilahi?

Memegang konsep 'cantik di mata manusia, cantik juga di mata Pencipta', Siti Khadijah Apparel (SKA) mengetengahkan telekung dengan rekaan lebih moden. Mula beroperasi pertengah tahun lalu, SKA kini memiliki pelbagai rekaan telekung yang menarik dan sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah untuk insan tersayang.

 

Berlainan dengan telekung yang berada di pasaran, telekung SKA dikenali dengan rekaan yang trendy pada bahagian dahi dan bahagian dagu. Penggunaan fabrik daripada jeni stretchable pada kedua-dua bahagian tersebut bersesuaian sekali dengan semua jenis bentuk muka.

 

Koleksi telekung SKA nampak unik dan menarik dengan gabungan gaya jahitan tudung dan telekung pada rekaannya. Lapisan awning yang dijahit pada telekung menambahkan lagi pakej keselesaan dan anggun produk keluaran SKA berbanding produk telekung lain.

 

Menyedari masalah seperti rambut terkeluar ketika solat, SKA masih memberi penumpuan pada bahagian muka di mana anak telekung dijahit sekali dengan telekung. Penggunaan material yang lembut pada bahagian dahi dan dagu tampak sempurna bagi menggantikan penggunaan anak telekung atau anak tudung sebelum ini. Inovasi terbaru ini pastinya tidak akan memberi masalah serta menambahkan lagi keyakinan kepada muslimah dalam soal pergerakan dan posisi ketika solat.

 

Kualiti Fabrik

 

Keinginan mengetengahkan trend telekung yang lebih up to date, SKA juga begitu selektif dalam penggunaan fabrik baik untuk bahagian dalam mahupun luar telekung. Setakat ini SKA memilih kain daripada jenis Polyester Cotton, Glazed Spun Polyester, kapas 100 peratus dan terbaru jenis Kasa Rubiah.

 

Pemilihan corak kain yang lebih cantik, motif yang lebih segar dan renda yang lebih lembut turut dilakukan penuh terperinci demi menjaga kualiti dan kepuasan pemakai. Hasil potongan yang begitu halus serta cara jahitan yang kemas menyerlahkan lagi keanggunan dan citarasa SKA dalam mendirikan solat.

 

Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari SKA dilihat dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara. Menggunakan tagline "Selesa, Praktikal dan Cantik", tidak rugi untuk kita dapatkan telekung ini di dalam membantu menampilkan imej terbaik ketika menunaikan ibadat.

Last Updated ( Sunday, 04 April 2010 13:47 )
 

Artikel Telekung Siti Khadijah di WANITA

E-mail Print PDF

"Ambil dari mana Telekung ini?" Tanya seorang tetamu.

"Telekung ini kita buat sendiri" balas Team Siti Khadijah

Antara dialog yang selalu didengari dan diucapkan sejak berada dalam industri ini. Tidak dinafikan bahawa ramai pun yang sudah tahu kebanyakan telekung datangnya dari negara jiran.

Lalu, Team Siti Khadijah akan menunjukkan Ciri-Ciri Istimewa Telekung Siti Khadijah iaitu pada bahagian "Anak Telekung" yang telah dijahit sekali berupa Pelapik Dagu dan Dahi yang fleksibel mengikut bentuk wajah.

"Daripada mana datang IDEA untuk hasilkan Telekung Siti Khadijah?" Tanya lagi tetamu tersebut setelah melihat keunikan Telekung Siti Khadijah.

Untuk mengetahui sambungan isi perbualan diatas, boleh dapatkan Majalah Wanita oleh Utusan Karya keluaran Februari 2010. Team Siti Khadijah serta Pengasas Telekung Siti Khadijah ada berkongsi cerita di dalam Ruangan Artikel Usahawan Telekung. Antaranya ialah idea terciptanya Telekung Siti Khadijah, Siapa Team Siti Khadijah?, perkara "Telekung ini kita buat sendiri" dan banyak lagi.

Dapatkan MAJALAH WANITA keluaran Februari 2010!

Last Updated ( Tuesday, 09 February 2010 08:04 )
 

Sehari Bersama Dato' Sarimah

E-mail Print PDF

Program Istimewa bersama Dato' Sarimah

Team Siti Khadijah dengan sukacita menjemput Pengunjung Blog Siti Khadijah Apparel dan Pengguna Telekung Siti Khadijah ke Program Sehari bersama Dato' Sarimah.

Apa yang Istimewa Program ini?

Pengisian Program menjurus kepada kepentingan menjaga kesihatan yang mana Dato' Sarimah berkongsi pengalaman beliau dari segi amalan sedari kecil dan pemerhatian beliau terhadap amalan ibubapa beliau sendiri. Tidak ketinggalan juga petua dan pantang larang semasa dalam proses berpantang selepas bersalin. Antara objektif program ini adalah supaya amalan tradisional ini dapat dikongsikan untuk manfaat generasi muda supaya tidak lupus ditelan zaman.

Dato' Sarimah | Telekung Siti Khadijah
 

TIPS oleh Dato' Sarimah

  • Tampil Sihat, Cergas dan Cerdas
  • Rahsia Menyerlahkan Kecantikan
  • Amalan yang dipraktikkan

Antara slot pada awal program ialah demo senaman tua yang diamalkan oleh beliau sejak sekian lama. Tidak ketinggalan juga produk-produk tambahan yang digunapakai oleh beliau sendiri. Amalan tradisional kini kembali mendapat tempat dalam masyarakat rentetan inilah Dato' Sarimah terpanggil untuk berkongsi pengalaman beliau dalam penjagaan diri supaya menyerlahkan kecantikan luar dan dalam.

Maklumat Program:
Tarikh: 27 Februari
Hari: Sabtu
Tempat: The Royale Bintang Damansara
Penyertaan: Eksklusif Untuk Wanita Sahaja
Kos: RM300.00 sahaja

Sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu dana artis veteran yang memerlukan (Ini adalah sumbangan beliau sendiri dan dedikasi beliau terhadap artis-artis veteran ini)

Menarik! Penaja akan menyediakan cabutan bertuah dan cenderahati kepada peserta. "Tempat adalah Terhad", oleh itu penyertaan awal amatlah digalakkan!

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, boleh hubungi:

  1. SYED MAHDI (PA Dato' Sarimah) @ 016-286-2156 atau Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  2. YUSARIMA PUTERI @ 013-216-3635 atau Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  3. FAX @ 03-5635-9853
Lagi Menarik! Siti Khadijah Apparel selaku Penaja akan turut serta menawarkan cenderahati yang terdiri daripada Asmaul-Husna Booklet, Voucher dan juga Telekung Siti Khadijah!

 

Last Updated ( Wednesday, 03 February 2010 03:53 )
 

Diari Siti Khadijah Apparel @ Mahkota Parade, Melaka | Update I

E-mail Print PDF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Sedikit “Update” mengenai EKSPO di Mahkota Parade, Melaka pada 29, 30 & 31 Januari 2010 ini.

Maklumat Program:

Tempat: Level 2, Mahkota Parade

Booth No.: 9

Pelan Lokasi Siti Khadijah Apparel di Mahkota Parade

Hubungi Team Siti Khadijah melalui Email di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau di talian 013-210-2668 untuk sebarang pertanyaan.

Jumpa di Sana!!

Last Updated ( Wednesday, 27 January 2010 16:48 )
 

Diari Siti Khadijah Apparel @ Mahkota Parade, Melaka

E-mail Print PDF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! InsyaAllah Team Siti Khadijah akan ke Melaka pada hujung minggu ini! Kali ini Team Siti Khadijah akan berada di Mahkota Parade, Melaka pada 29 – 31 Januari 2010 sempena EKSPO Usahawan & Pengguna 1 Malaysia.

EKSPO yang diberi tema “Creating Successful Malaysia Entrepreneurs” atau pun bermaksud “Mencipta Pengusaha Malaysia yang Berjaya” dijangka akan membuka sebanyak 118 “booth” yang akan disertai oleh pelbagai pengusaha dari pelbagai jenis industri.

Seiring dengan Objektif EKSPO ini, Team Siti Khadijah sekali lagi mengambil peluang yang menarik ini untuk menyertai aktiviti membuka “booth”, bukan sahaja untuk memperkenalkan Telekung Siti Khadijah di kawasan Melaka dan Selatan Malaysia malah untuk membuka peluang kepada calon pengusaha melalui rakan niaga atau pun rangkaian pengedar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Telekung Siti Khadijah.

InsyaAllah, Promosi yang Hebat akan ditawarkan sepanjang tiga hari Team Siti Khadijah di Melaka. Tambahan, ada aktiviti-aktiviti yang menarik yang akan disusunkan sepanjang program. Jadi, bagi yang berminat untuk melihat Telekung Siti Khadijah dijemput hadir ke “booth” Siti Khadijah.

Maklumat EKSPO:
Tempat: Mahkota Parade, Melaka
Tarikh: 29, 30 & 31 Januari 2010
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Booth No.: 9

Tips: Cari Booth yang mempunyai Logo ini:

Logo Siti Khadijah Apparel

Pengguna dan bakal pengguna Telekung Siti Khadijah dijemput datang ke Mahkota Parade! Siti Khadijah Apparel menawarkan Telekung Inovasi Baru yang memberi keselesaan maksimum pada bahagian muka ketika solat dan juga di luar solat!
Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:25 )
 

Team Siti Khadijah @ SACC Convention, Shah Alam

E-mail Print PDF

Pada hujung minggu lepas Team Siti Khadijah telah berada di Shah Alam untuk aktiviti membuka gerai. Acara yang diadakan sempena MASUM 2010 kali ke-3 sungguh meriah dengan kehadiran pelbagai agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik.

Suasana di SACC menjadi lebih meriah pada hari sabtu dan ahad dengan kehadiran lebih ramai pengunjung. Begitu juga dengan suasana di “Booth” Siti Khadijah Apparel yang turut meriah dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelanggan sedia ada yang sangat “supportive”, pembaca blog, bakal pengedar, bakal pengguna Telekung Siti Khadijah (berhasrat untuk melihat Telekung Siti Khadijah dari tahun lepas, akhirnya dapat memilikinya dan akan dijadikan sebagai hadiah hantaran). Terima kasih kepada semua pengunjung, Team Siti Khadijah amat menghargainya!

Suasana juga sangat ceria ditemani oleh pemilik-pemilik gerai lain yang mempunyai nama yang sangat hebat, yang turut menawarkan promosi yang luarbiasa. Terima kasih juga kerana sentiasa menemani Team Siti Khadijah sepanjang program. Tidak lupa juga kepada Team MATTA Selangor Chapter yang menganjurkan program ini. Team Siti Khadijah berhasrat untuk menyertai program ini sekali lagi.

Terima kasih juga buat Team Siti Khadijah sendiri yang sentiasa komited dan ceria dan tidak penat untuk menceritakan keistimewaan Telekung Siti Khadijah kepada setiap pengunjung yang datang.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke program ini, tidak perlu risau, InsyaAllah Team Siti Khadijah akan berada di Shah Alam sekali lagi. Saksikan beberapa gambar sekitar program diadakan.

 

Team Siti Khadijah @ SACC Convention (Masum 2010)

 

Team Siti Khadijah @ SACC Convention (Masum 2010)

 

Team Siti Khadijah @ SACC Convention (Masum 2010)

Terima kasih sekali lagi buat pengunjung “Booth” Siti Khadijah Apparel. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada yang sangat Supportive! dan juga yang baru sahaja mendapatkan Telekung Siti Khadijah. Tidak lupa, Selamat Mendirikan Rumahtangga! (Telekung Siti Khadijah merupakan barang pertama untuk hantaran bagi pasangan tersebut)

Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:23 )
 

Diari Siti Khadijah Apparel @ SACC (15 Jan – 17 Jan 2010) – Update I

E-mail Print PDF

Assalamualaikum! InsyaAllah Team Siti Khadijah akan berada di Shah Alam Convention Centre, SACC Convec bermula hari ini, Jumaat (15 Jan 2010) hingga hari Ahad nanti (17 Jan 2010). Selain daripada Aktiviti dan Promosi Hebat yang akan ditawarkan oleh Pihak Travel Agency dan Peserta lain, Pihak penganjur juga telah merancang untuk menjalankan pelbagai Aktiviti Menarik yang pastinya memeriahkan lagi Expo ini.

Paling menarik! Pihak Penganjur juga menawarkan kepada Tuan dan Puan yang membelanjakan sebanyak RM500 dan keatas dari mana-mana gerai sepanjang MASUM ini, layak menyertai peraduan dimana sesiapa yang terpilih akan mendapat pakej-pakej pelancongan yang Istimewa ke dalam dan luar negara. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, dijemput hadir ke SACC untuk MASUM 2010!

Paling Istimewa!! Team Siti Khadijah akan memperkenalkan Telekung Siti Khadijah khas buat pengunjung dan juga buat puan yang bakal mengerjakan Umrah pada tahun 2010 ini. Telekung Siti Khadijah ini pastinya telekung yang praktikal serta memberi keselesaan yang maksimum! InsyaAllah Team Siti Khadijah akan berada di Booth No. 98 & 99 di ruangan Foyer. Boleh hubungi Team Siti Khadijah di 013-210-2668 untuk sebarang maklumat. Seluruh Warga Negeri Selangor dan berdekatan dijemput hadir.

 

Pelan Lokasi Siti Khadijah Apparel MASUM 2010

 

Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:26 )
 

Diari Siti Khadijah Apparel @ SACC (15 Jan – 17 Jan 2010)

E-mail Print PDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sukacita ingin maklumkan bahawa Team Siti Khadijah akan berada di Shah Alam City Centre, SACC bagi menyertai aktiviti membuka “booth” pada hujung minggu ini. Aktiviti ini akan dijalankan sempena MASUM 2010 (MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel) buat kali ke-3. Program yang akan diadakan bermula hari Jumaat ini dan berlangsung sehingga hari Ahad (15 Januari sehingga 17 Januari 2010) diadakan khas bagi pengunjung untuk mendapatkan tawaran istimewa untuk Pakej Umrah dan juga “Muslim Travel Packages” ke serata destinasi terkenal. Pameran juga diadakan supaya pengunjung boleh mendapatkan Produk & Servis yang berkaitan dengan Misi MASUM.

 

MASUM 2010
Team Siti Khadijah @ MASUM 2010, 15 Jan - 17 Jan 2010


Team Siti Khadijah mengambil peluang istimewa ini untuk memperkenalkan Telekung Siti Khadijah kepada bakal pengunjung khasnya buat yang berada di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang dan Klang. Team Siti Khadijah amat mengalu-alukan kedatangan daripada pihak Puan. InsyaAllah semua koleksi Telekung Siti Khadijah akan dipertontonkan sepanjang tiga hari aktiviti dijalankan nanti.

Maklumat Program:
Tarikh: 15 Januari 2010 – 17 Januari 2010
Hari: Jumaat – Ahad
Waktu: 10:00 am – 09:00 pm
Tempat: Shah Alam City Centre, SACC
Booth: Akan diberitahu kelak

 

Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:27 )
 
Page 2 of 3

You are here: Home Blog