Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh kepada semua pengunjung laman blog Siti Khadijah Apparel ini. Bulan Januari tahun 2010 menandakan Siti Khadijah Apparel sudah pun enam bulan beroperasi. Banyak perkara dan aktiviti menarik yang telah berlaku semenjak Telekung Siti Khadijah diperkenalkan di pasaran. Daripada pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang tahun 2009 yang lepas, Team Siti Khadijah telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti dan program yang menarik yang akan diadakan pada tahun 2010 ini. Antara aktiviti yang terdekat adalah untuk menyertai Expo Usahawan & Pengguna 1 Malaysia: Melaka Maju 2010 yang akan diadakan pada penghujung Januari ini di Mahkota Parade, Melaka. Khas buat Puan yang tinggal di Melaka dan berminat untuk melihat Telekung Siti Khadijah secara lebih dekat boleh kunjungi “booth” Siti Khadijah Apparel nanti. Maklumat terperinci aktiviti ini akan dimaklumkan di laman blog ini dalam masa terdekat.
Alhamdulillah! Minggu lepas, Siti Khadijah Apparel telah pun menerima sijil reka bentuk industri daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo). Untuk makluman semua, Telekung Siti Khadijah adalah telekung atau pakaian ibadah yang pertama didaftarkan kepada MyIpo dibawah kategori “Industrial Design” iaitu Reka Bentuk Industri. Team Siti Khadijah mengambil langkah untuk mendaftarkan Telekung Siti Khadijah ini khas untuk menjamin “Exclusivity” atau tahap Eksklusif Telekung Inovasi yang pertama ini. Disamping itu, Nilai “Ornamental” dan “Aesthetic” pada Telekung Siti Khadijah ini dapat dipelihara untuk kebaikan semua. Diharapkan Team Siti Khadijah dengan bantuan setiap muslimah khususnya pengguna Telekung Siti Khadijah dapat bersama-sama mengorak langkah dengan menghasilkan Telekung yang berinovasi untuk kebaikan semua.

Team Siti Khadijah berasa sangat gembira dengan pencapaian sehingga kini dan amat menghargai komitmen antara Team Siti Khadijah sendiri. Jasa pengguna Telekung Siti Khadijah juga amat dihargai dalam membawa perjalanan Siti Khadijah Apparel. Harapan untuk tahun 2010 ini supaya Team Siti Khadijah sentiasa bersatu hati dalam memperkenalkan Telekung Siti Khadijah ke serata negara.








Blog