Sehari Bersama Dato' Sarimah

Print

Program Istimewa bersama Dato' Sarimah

Team Siti Khadijah dengan sukacita menjemput Pengunjung Blog Siti Khadijah Apparel dan Pengguna Telekung Siti Khadijah ke Program Sehari bersama Dato' Sarimah.

Apa yang Istimewa Program ini?

Pengisian Program menjurus kepada kepentingan menjaga kesihatan yang mana Dato' Sarimah berkongsi pengalaman beliau dari segi amalan sedari kecil dan pemerhatian beliau terhadap amalan ibubapa beliau sendiri. Tidak ketinggalan juga petua dan pantang larang semasa dalam proses berpantang selepas bersalin. Antara objektif program ini adalah supaya amalan tradisional ini dapat dikongsikan untuk manfaat generasi muda supaya tidak lupus ditelan zaman.

Dato' Sarimah | Telekung Siti Khadijah
 

TIPS oleh Dato' Sarimah

Antara slot pada awal program ialah demo senaman tua yang diamalkan oleh beliau sejak sekian lama. Tidak ketinggalan juga produk-produk tambahan yang digunapakai oleh beliau sendiri. Amalan tradisional kini kembali mendapat tempat dalam masyarakat rentetan inilah Dato' Sarimah terpanggil untuk berkongsi pengalaman beliau dalam penjagaan diri supaya menyerlahkan kecantikan luar dan dalam.

Maklumat Program:
Tarikh: 27 Februari
Hari: Sabtu
Tempat: The Royale Bintang Damansara
Penyertaan: Eksklusif Untuk Wanita Sahaja
Kos: RM300.00 sahaja

Sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu dana artis veteran yang memerlukan (Ini adalah sumbangan beliau sendiri dan dedikasi beliau terhadap artis-artis veteran ini)

Menarik! Penaja akan menyediakan cabutan bertuah dan cenderahati kepada peserta. "Tempat adalah Terhad", oleh itu penyertaan awal amatlah digalakkan!

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, boleh hubungi:

  1. SYED MAHDI (PA Dato' Sarimah) @ 016-286-2156 atau Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  2. YUSARIMA PUTERI @ 013-216-3635 atau Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  3. FAX @ 03-5635-9853
Lagi Menarik! Siti Khadijah Apparel selaku Penaja akan turut serta menawarkan cenderahati yang terdiri daripada Asmaul-Husna Booklet, Voucher dan juga Telekung Siti Khadijah!

 

Last Updated ( Wednesday, 03 February 2010 03:53 )