Diari Siti Khadijah Apparel @ Mahkota Parade, Melaka

Print

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! InsyaAllah Team Siti Khadijah akan ke Melaka pada hujung minggu ini! Kali ini Team Siti Khadijah akan berada di Mahkota Parade, Melaka pada 29 – 31 Januari 2010 sempena EKSPO Usahawan & Pengguna 1 Malaysia.

EKSPO yang diberi tema “Creating Successful Malaysia Entrepreneurs” atau pun bermaksud “Mencipta Pengusaha Malaysia yang Berjaya” dijangka akan membuka sebanyak 118 “booth” yang akan disertai oleh pelbagai pengusaha dari pelbagai jenis industri.

Seiring dengan Objektif EKSPO ini, Team Siti Khadijah sekali lagi mengambil peluang yang menarik ini untuk menyertai aktiviti membuka “booth”, bukan sahaja untuk memperkenalkan Telekung Siti Khadijah di kawasan Melaka dan Selatan Malaysia malah untuk membuka peluang kepada calon pengusaha melalui rakan niaga atau pun rangkaian pengedar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Telekung Siti Khadijah.

InsyaAllah, Promosi yang Hebat akan ditawarkan sepanjang tiga hari Team Siti Khadijah di Melaka. Tambahan, ada aktiviti-aktiviti yang menarik yang akan disusunkan sepanjang program. Jadi, bagi yang berminat untuk melihat Telekung Siti Khadijah dijemput hadir ke “booth” Siti Khadijah.

Maklumat EKSPO:
Tempat: Mahkota Parade, Melaka
Tarikh: 29, 30 & 31 Januari 2010
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Booth No.: 9

Tips: Cari Booth yang mempunyai Logo ini:

Logo Siti Khadijah Apparel

Pengguna dan bakal pengguna Telekung Siti Khadijah dijemput datang ke Mahkota Parade! Siti Khadijah Apparel menawarkan Telekung Inovasi Baru yang memberi keselesaan maksimum pada bahagian muka ketika solat dan juga di luar solat!
Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:25 )