Pada hujung minggu lepas Team Siti Khadijah telah berada di Shah Alam untuk aktiviti membuka gerai. Acara yang diadakan sempena MASUM 2010 kali ke-3 sungguh meriah dengan kehadiran pelbagai agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik.
Suasana di SACC menjadi lebih meriah pada hari sabtu dan ahad dengan kehadiran lebih ramai pengunjung. Begitu juga dengan suasana di “Booth” Siti Khadijah Apparel yang turut meriah dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelanggan sedia ada yang sangat “supportive”, pembaca blog, bakal pengedar, bakal pengguna Telekung Siti Khadijah (berhasrat untuk melihat Telekung Siti Khadijah dari tahun lepas, akhirnya dapat memilikinya dan akan dijadikan sebagai hadiah hantaran). Terima kasih kepada semua pengunjung, Team Siti Khadijah amat menghargainya!
Suasana juga sangat ceria ditemani oleh pemilik-pemilik gerai lain yang mempunyai nama yang sangat hebat, yang turut menawarkan promosi yang luarbiasa. Terima kasih juga kerana sentiasa menemani Team Siti Khadijah sepanjang program. Tidak lupa juga kepada Team MATTA Selangor Chapter yang menganjurkan program ini. Team Siti Khadijah berhasrat untuk menyertai program ini sekali lagi.
Terima kasih juga buat Team Siti Khadijah sendiri yang sentiasa komited dan ceria dan tidak penat untuk menceritakan keistimewaan Telekung Siti Khadijah kepada setiap pengunjung yang datang.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke program ini, tidak perlu risau, InsyaAllah Team Siti Khadijah akan berada di Shah Alam sekali lagi. Saksikan beberapa gambar sekitar program diadakan.



Terima kasih sekali lagi buat pengunjung “Booth” Siti Khadijah Apparel. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada yang sangat Supportive! dan juga yang baru sahaja mendapatkan Telekung Siti Khadijah. Tidak lupa, Selamat Mendirikan Rumahtangga! (Telekung Siti Khadijah merupakan barang pertama untuk hantaran bagi pasangan tersebut)





