Diari Siti Khadijah Apparel @ SACC (15 Jan – 17 Jan 2010)

E-mail Print PDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sukacita ingin maklumkan bahawa Team Siti Khadijah akan berada di Shah Alam City Centre, SACC bagi menyertai aktiviti membuka “booth” pada hujung minggu ini. Aktiviti ini akan dijalankan sempena MASUM 2010 (MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel) buat kali ke-3. Program yang akan diadakan bermula hari Jumaat ini dan berlangsung sehingga hari Ahad (15 Januari sehingga 17 Januari 2010) diadakan khas bagi pengunjung untuk mendapatkan tawaran istimewa untuk Pakej Umrah dan juga “Muslim Travel Packages” ke serata destinasi terkenal. Pameran juga diadakan supaya pengunjung boleh mendapatkan Produk & Servis yang berkaitan dengan Misi MASUM.

 

MASUM 2010
Team Siti Khadijah @ MASUM 2010, 15 Jan - 17 Jan 2010


Team Siti Khadijah mengambil peluang istimewa ini untuk memperkenalkan Telekung Siti Khadijah kepada bakal pengunjung khasnya buat yang berada di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang dan Klang. Team Siti Khadijah amat mengalu-alukan kedatangan daripada pihak Puan. InsyaAllah semua koleksi Telekung Siti Khadijah akan dipertontonkan sepanjang tiga hari aktiviti dijalankan nanti.

Maklumat Program:
Tarikh: 15 Januari 2010 – 17 Januari 2010
Hari: Jumaat – Ahad
Waktu: 10:00 am – 09:00 pm
Tempat: Shah Alam City Centre, SACC
Booth: Akan diberitahu kelak

 

Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 12:27 )  

You are here: Home Blog Rencana Diari Siti Khadijah Apparel @ SACC (15 Jan – 17 Jan 2010)