Siti Khadijah Apparel
Friday, 08 January 2010 13:08
Siti Khadijah Apparel dan Jenama Siti Khadijah™ kami abadikan sempena nama seorang insan yang agung yang pasti dikenali oleh setiap mereka yang Muslim. Beliau adalah Saidatina Khadijah Binti Khuwailid Radiallahu Anha, wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.
Sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah saw bersabda:
"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa"
(HR Ahmad)
Kami di Team Siti Khadijah bertekad serta berhasrat meneladani semangat jitu serta usaha gigih dan murni Saidatina Khadijah R.A dalam mengembangkan Jenama Siti Khadijah di seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah.