Bukan Sekadar Telekung "Kosmetik"
Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari Siti Khadijah Apparel dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara

Selain pakaian, kasut, beg mahupun tudung, telekung juga sama pentingnya bagi keperluan Muslimah. Bersolat tanpa memakai telekung ibarat minum teh tidak cukup gula. Fikirkan sejenak, bagaimana agaknya rupa atau keadaan telekung kita ketika ini? Apakah sekadar 'asal boleh' atau memang sesuai dianggap pakaian suci ketika menghadap Ilahi?
Memegang konsep 'cantik di mata manusia, cantik juga di mata Pencipta', Siti Khadijah Apparel (SKA) mengetengahkan telekung dengan rekaan lebih moden. Mula beroperasi pertengah tahun lalu, SKA kini memiliki pelbagai rekaan telekung yang menarik dan sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah untuk insan tersayang.
Berlainan dengan telekung yang berada di pasaran, telekung SKA dikenali dengan rekaan yang trendy pada bahagian dahi dan bahagian dagu. Penggunaan fabrik daripada jeni stretchable pada kedua-dua bahagian tersebut bersesuaian sekali dengan semua jenis bentuk muka.
Koleksi telekung SKA nampak unik dan menarik dengan gabungan gaya jahitan tudung dan telekung pada rekaannya. Lapisan awning yang dijahit pada telekung menambahkan lagi pakej keselesaan dan anggun produk keluaran SKA berbanding produk telekung lain.
Menyedari masalah seperti rambut terkeluar ketika solat, SKA masih memberi penumpuan pada bahagian muka di mana anak telekung dijahit sekali dengan telekung. Penggunaan material yang lembut pada bahagian dahi dan dagu tampak sempurna bagi menggantikan penggunaan anak telekung atau anak tudung sebelum ini. Inovasi terbaru ini pastinya tidak akan memberi masalah serta menambahkan lagi keyakinan kepada muslimah dalam soal pergerakan dan posisi ketika solat.
Kualiti Fabrik
Keinginan mengetengahkan trend telekung yang lebih up to date, SKA juga begitu selektif dalam penggunaan fabrik baik untuk bahagian dalam mahupun luar telekung. Setakat ini SKA memilih kain daripada jenis Polyester Cotton, Glazed Spun Polyester, kapas 100 peratus dan terbaru jenis Kasa Rubiah.
Pemilihan corak kain yang lebih cantik, motif yang lebih segar dan renda yang lebih lembut turut dilakukan penuh terperinci demi menjaga kualiti dan kepuasan pemakai. Hasil potongan yang begitu halus serta cara jahitan yang kemas menyerlahkan lagi keanggunan dan citarasa SKA dalam mendirikan solat.
Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari SKA dilihat dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara. Menggunakan tagline "Selesa, Praktikal dan Cantik", tidak rugi untuk kita dapatkan telekung ini di dalam membantu menampilkan imej terbaik ketika menunaikan ibadat.
