"Ambil dari mana Telekung ini?" Tanya seorang tetamu.
"Telekung ini kita buat sendiri" balas Team Siti Khadijah
Antara dialog yang selalu didengari dan diucapkan sejak berada dalam industri ini. Tidak dinafikan bahawa ramai pun yang sudah tahu kebanyakan telekung datangnya dari negara jiran.
Lalu, Team Siti Khadijah akan menunjukkan Ciri-Ciri Istimewa Telekung Siti Khadijah iaitu pada bahagian "Anak Telekung" yang telah dijahit sekali berupa Pelapik Dagu dan Dahi yang fleksibel mengikut bentuk wajah.
"Daripada mana datang IDEA untuk hasilkan Telekung Siti Khadijah?" Tanya lagi tetamu tersebut setelah melihat keunikan Telekung Siti Khadijah.
Untuk mengetahui sambungan isi perbualan diatas, boleh dapatkan Majalah Wanita oleh Utusan Karya keluaran Februari 2010. Team Siti Khadijah serta Pengasas Telekung Siti Khadijah ada berkongsi cerita di dalam Ruangan Artikel Usahawan Telekung. Antaranya ialah idea terciptanya Telekung Siti Khadijah, Siapa Team Siti Khadijah?, perkara "Telekung ini kita buat sendiri" dan banyak lagi.
Dapatkan MAJALAH WANITA keluaran Februari 2010!
