Rencana Team Siti Khadijah

Memperkenalkan Koleksi Jubah Siti Khadijah Apparel

E-mail Print PDF

Jubah Siti Khadijah

  • Jubah Siti Khadijah diperbuat daripada 100% Kain Kapas berserta Lining yang sangat Lembut dan Selesa
  • Sesuai digunakan sempena Ramadhan, Syawal, Umrah, Haji dan juga kegunaan secara Kasual
  • Terdapat pelbagai "Design" menarik dan hanya boleh didapati di Butik Siti Khadijah Apparel
Tampil Selesa Bergaya dengan Jubah Siti Khadijah

Hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668 untuk maklumat lanjut!

Last Updated ( Wednesday, 28 July 2010 08:24 )
 

Siti Khadijah Apparel @ Bandar Baru Bangi

E-mail Print PDF

Assalamualaikum,

Pelanggan yang dihormati,

Syukur, pertumbuhan stabil dari perniagaan Siti Khadijah Apparel telah meyakinkan untuk Team Siti Khadijah berpindah ke lokasi yang baru dan lebih besar. Team Siti Khadijah telah berjaya mendapatkan lokasi yang sangat strategik di Pusat Bandar Baru Bangi di Seksyen 9, dan bermula dari bulan Ogos (tarikh akan dimaklumkan) alamat terbaru Siti Khadijah Apparel adalah seperti berikut:

No. 11-G-1,
Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
(Bersebelahan Amani Hotel)

Tel: 03 8927 4277


View Siti Khadijah Apparel @ Bangi in a larger map

Lokasi baru ini menyediakan ruang untuk kaedah yang lebih baik dari segi pengeluaran yang akan meningkatkan output dan juga meningkatkan kualiti produk Siti Khadijah bertambah baik.

Team Siti Khadijah sangat menghargai sambutan yang diberikan pada masa lalu dan percaya serta berharap untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Salam Hormat,

Team Siti Khadijah,
Siti Khadijah Apparel

PS: Team Siti Khadijah berharap dapat bertemu kembali dengan mengunjungi kami di lokasi baru ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668


Last Updated ( Sunday, 25 July 2010 16:12 )
 

Promosi 28 Jun - 11 Julai 2010

E-mail Print PDF
Promosi Telekung Siti Khadijah
 
Promosi Telekung Siti Khadijah
 
Tarikh: 28 Jun - 11 Julai 2010 Promosi Tamat

Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Siti Khadijah Apparel, Peneraju Inovasi Pakaian dan Aksesori Menepati Syariat, akan mengadakan Promosi Telekung Siti Khadijah.
 
Koleksi Promosi Telekung Siti Khadijah:
Telekung Siti Khadijah Plain "Special Edition" [Code: P SE] (Diskaun 10%)
Telekung Siti Khadijah Plain "Rosella" [Code: RSL] (Diskaun ~10%)
Telekung Siti Khadijah Sulam [Code: S & SK] (Diskaun 15%)
 

Update Promosi!
Telekung Siti Khadijah Sulam + Kain, Size M [Code SKM] - Habis
Telekung Siti Khadijah Sulam + Kain, Size L [Code SKL] - Habis
Telekung Siti Khadijah Sulam + Kain [Code SKS] - Limited Stock
Telekung Siti Khadijah Sulam, Size S & M [Code SM & SS] - Limited Stock
Telekung Siti Khadijah Plain "Special Edition" & "Rosella" - Selling Fast

Rebutlah peluang mendapatkan Telekung Siti Khadijah pada kadar diskaun istimewa!
 
Mohon sebarkan makluman ini kepada peminat-peminat Telekung Siti Khadijah yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang promosi ini.
 
Dapatkan Telekung Siti Khadijah ini secara Online atau pun di Showroom Siti Khadijah Apparel di 1-06, Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.
 
Hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668 untuk sebarang pertanyaan! 
 
Terima kasih. 
 
* Promosi tertakluk kepada Terma & Syarat
Last Updated ( Monday, 12 July 2010 00:48 )
 

Info Telekung Siti Khadijah

E-mail Print PDF

Salam.

Pilih Telekung Siti Khadijah mengikut Labuh Telekung. Terdapat Tiga (3) Panjang Labuh pada beberapa Koleksi Telekung Siti Khadijah seperti yang ditunjukkan dalam gambar:

Ukuran Labuh Telekung Siti Khadijah

Untuk Info Lanjut Telekung Siti Khadijah, Boleh klik pada link yang disediakan:

Koleksi Telekung Siti Khadijah
Harga Telekung Siti Khadijah
Order Telekung Siti Khadijah
FAQ Telekung Siti Khadijah

Juga boleh hubungi Team Siti Khadijah @ 013 210 2668 atau Emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated ( Monday, 31 May 2010 15:28 )
 

Siti Khadijah Apparel @ Plaza Angsana, JB

E-mail Print PDF

Salam,

Sukacita memaklumkan, Team Siti Khadijah akan berada di Plaza Angsana, Johor Bahru sempena Program Sua Rasa TV9 pada 8 & 9 Mei 2010.

Telekung Siti Khadijah @ Sua Rasa, Plaza Angsana, JB

Khas buat Pengunjung dari Johor dan Singapore, Dapatkan Koleksi Telekung Siti Khadijah (Telekung Siti Khadijah Plain, Telekung Siti Khadijah Sulam dan yang terkini MiDi-Telekung) di Booth Siti Khadijah Apparel.

Selamat Hari Ibu

Dapatkan Telekung Pilihan daripada Koleksi Telekung Siti Khadijah sempena Hari Ibu di Booth SK!

Dimana Booth SK?

Booth SK @ Plaza Angsana, JB

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Rosliza @ 019 720 3777 

Last Updated ( Thursday, 06 May 2010 16:16 )
 

MiDi-Telekung Siti Khadijah

E-mail Print PDF

Salam,

Terbaru dari Siti Khadijah Apparel: MiDi Telekung

MiDi Telekung Siti Khadijah
  • Rekabentuk yang lebih Ringkas dan Selesa.
  • Lebih Ringan dan Mudah untuk Dibawa ke mana-mana.
  • Sangat Sesuai untuk Kegunaan Haji dan Umrah.
  • Lining sehingga Paras Dada
Kod MiDi-Telekung Siti Khadijah:

[Code MiDi] : Telekung Sahaja (Labuh: 104cm)
Harga: RM 150 (Termasuk Postage W.Malaysia, Tambahan RM 5 ke Sabah & Sarawak)

Klik disini untuk Order secara Online
Lihat Gambar MiDi Telekung
Last Updated ( Sunday, 20 June 2010 07:12 )
 

Telekung Siti Khadijah Fan Page @ Facebook

E-mail Print PDF
Telekung Siti Khadijah kini mempunyai Fan Page di Facebook. Melalui Fan Page ini, Maklumat terkini Produk Siti Khadijah Apparel dan segala Promosi yang akan dijalankan juga akan diumumkan melalui Fan Page ini. Klik dibawah untuk menyertai Fan Page Telekung Siti Khadijah di Facebook.


Last Updated ( Friday, 09 April 2010 09:21 )
 

Naiktaraf Sistem Pembayaran di Showroom Siti Khadijah Apparel

E-mail Print PDF
Assalamualaikum,

Siti Khadijah Apparel telah pun mengambil inisiatif untuk memudahkan lagi sistem pembayaran bagi pelanggan. Kini, pelanggan Siti Khadijah Apparel boleh membuat pembayaran menggunakan Kad Kredit (Visa dan MasterCard), Kad Debit & Kad ATM (MEPS) di Showroom Siti Khadijah Apparel.

Selain itu, Pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara online di Showroom Siti Khadijah Apparel sendiri.Khas bagi pelanggan di Luar Malaysia, Siti Khadijah Apparel juga menerima pembayaran menggunakan perkhidmatan Western Union.
Visa @ Siti Khadijah ApparelMastercard @ Siti Khadijah ApparelMEPS @ Siti Khadijah Apparel Western Union @ Siti Khadijah Apparel

Diharapkan dengan peningkatan mutu perkhidmatan ini dapat memudahkan lagi pembelian di Siti Khadijah Apparel.

Hubungi Team Siti Khadijah di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau HP: 013.210.2668 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih,

Regards,Team Siti Khadijah
Last Updated ( Thursday, 08 April 2010 07:45 )
 

Telekung Siti Khadijah @ iluvislam

E-mail Print PDF

Bukan Sekadar Telekung "Kosmetik"

 

Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari Siti Khadijah Apparel dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara

 

Telekung Siti Khadijah @ iluvislam

Selain pakaian, kasut, beg mahupun tudung, telekung juga sama pentingnya bagi keperluan Muslimah. Bersolat tanpa memakai telekung ibarat minum teh tidak cukup gula. Fikirkan sejenak, bagaimana agaknya rupa atau keadaan telekung kita ketika ini? Apakah sekadar 'asal boleh' atau memang sesuai dianggap pakaian suci ketika menghadap Ilahi?

Memegang konsep 'cantik di mata manusia, cantik juga di mata Pencipta', Siti Khadijah Apparel (SKA) mengetengahkan telekung dengan rekaan lebih moden. Mula beroperasi pertengah tahun lalu, SKA kini memiliki pelbagai rekaan telekung yang menarik dan sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah untuk insan tersayang.

 

Berlainan dengan telekung yang berada di pasaran, telekung SKA dikenali dengan rekaan yang trendy pada bahagian dahi dan bahagian dagu. Penggunaan fabrik daripada jeni stretchable pada kedua-dua bahagian tersebut bersesuaian sekali dengan semua jenis bentuk muka.

 

Koleksi telekung SKA nampak unik dan menarik dengan gabungan gaya jahitan tudung dan telekung pada rekaannya. Lapisan awning yang dijahit pada telekung menambahkan lagi pakej keselesaan dan anggun produk keluaran SKA berbanding produk telekung lain.

 

Menyedari masalah seperti rambut terkeluar ketika solat, SKA masih memberi penumpuan pada bahagian muka di mana anak telekung dijahit sekali dengan telekung. Penggunaan material yang lembut pada bahagian dahi dan dagu tampak sempurna bagi menggantikan penggunaan anak telekung atau anak tudung sebelum ini. Inovasi terbaru ini pastinya tidak akan memberi masalah serta menambahkan lagi keyakinan kepada muslimah dalam soal pergerakan dan posisi ketika solat.

 

Kualiti Fabrik

 

Keinginan mengetengahkan trend telekung yang lebih up to date, SKA juga begitu selektif dalam penggunaan fabrik baik untuk bahagian dalam mahupun luar telekung. Setakat ini SKA memilih kain daripada jenis Polyester Cotton, Glazed Spun Polyester, kapas 100 peratus dan terbaru jenis Kasa Rubiah.

 

Pemilihan corak kain yang lebih cantik, motif yang lebih segar dan renda yang lebih lembut turut dilakukan penuh terperinci demi menjaga kualiti dan kepuasan pemakai. Hasil potongan yang begitu halus serta cara jahitan yang kemas menyerlahkan lagi keanggunan dan citarasa SKA dalam mendirikan solat.

 

Keunikan dan keselesaan yang ditonjolkan produk dari SKA dilihat dapat menarik minat kalangan wanita di dalam dan luar negara. Menggunakan tagline "Selesa, Praktikal dan Cantik", tidak rugi untuk kita dapatkan telekung ini di dalam membantu menampilkan imej terbaik ketika menunaikan ibadat.

Last Updated ( Sunday, 04 April 2010 13:47 )
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 3

You are here: Home Blog